Saturday, May 25, 2013

First Trial : Nasi Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Dengan bangganya, saya ingin mengisytiharkan bahawa saya berjaya tak balik rumah untuk weekend kali ni.

Sejak duduk rumah sewa ni, a lots of thing, saya belajar. yang paling kebabooommmm!!! saya belajar masak. Alhamdulillah. kalau bukan sekarang bila lagi, ye dok??

"kak Iqa dgn nabyll nak g TS kejap, korang masak"
"mana pandai masak"
"buku resepi ada"
"buat sup ayam biasa je, nasi masak dgn sup tu campur dengan butter sikit"
"tak sedap jgn marah"
*dialog perbualan kami

bermulalah lah keletang keletung kami di dapur.

bahan-bahan:

beras
ayam
rempah sup
butter
sos cili
kicap pekat
tomato
timun
bawang putih & merah (dihiris)

cara-cara:

1. masak nasi
-sukat beras, kemudian basuh sehingga bersih
-masukkan air rebusan ayam a.k.a sup bersama beras yang akan dimasak.
-letakkan sedikit butter

2. masak sup
-panaskan periuk
-tumiskan bawang putih dan merah bersama rempah sup
-masukkan ayam dan air
-biarkan sehingga mendidih

3. ayam goreng sos
-potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki
-perapkan ayam tersebut bersama kicap pekat dan juga sos cili
-biarkan seketika sehingga sos dapat menyerap kedalam bahagian ayam tersebut
-goreng ayam!


AKHIRNYA!

Nasi ayam siap untuk dihidang dan diNgap!!! heheh, Alhamdulillah, walaupun pertama kali mencubanya tetapi usaha untuk menyedapkan, ianya berhasil. yeeehaaaa!
sebelah tangan call my mom untuk tny resepi, sebelah lagi pegang senduk sambil kacau sup. 
nervous kot sebab tak pernah cuba buat, takut tak sedap, kalau makan sendiri sendiri takpe, ni nk bg makan dekat housemates sama... huwaaaa. kecutttt perut I.
Alangkah, hasil bergendang di dapur menampakkan kami BOLEH!! sedap! marvellous

gambar ini bukan dicuri tapi di ambil oleh saya sendiri :)

JZZK :)





No comments:

Post a Comment