Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya Allah. Engkau telah memberi peluang untuk aku bernafas di bumi Mu ini.
Kenangan yang hampir 3 tahun membuatkan saya masih merinduinya, which is solat berjemaah bersama rakan rakan batch saya. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menjadi Imam kaum wanita di surau perempuan hostel sekolah.
dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat melepaskan kegianan kehidupan solat berjemaah dengan rakan serumah. Which is kami bergilir gilir untuk menjadi Imam, dengan cara ini, dapat lah juga saya melatih diri ini supaya punctual tentang waktu solat. Dan menjalinkan lagi keakraban persahabatan.
Walaupun kami berjemaah untuk fardhu Maghrib sahaja, Tp ia sudah memadai daripada tidak melangsungkannya terus.
Seperti biasa, solat berjemaah kemudian kami zikrullah dan bersalaman dengan memeluk erat tanda ukhuwah kami.
Dalam gurauan, gelak, perselisihan faham, tp dalam pelukan dan ciuman persahabatan tertulisnya keikhlasan.
Terima Kasih Ya Allah di atas pengurniaan Keluarga yang tercinta, Sahabat yang menyayangi dan insan yang mengambil berat tentang ku :)
Jzkk :)
No comments:
Post a Comment